'Baby Shark' masih 'berdoo doo' dalam Carta AWANI Raku

0
17

KUALA LUMPUR: MINGGU lepas, pendengar Raku masih belum ‘move on’ dengan persembahan Aishah pada konsert minggu pertama GV4, dan minggu ini “Baby Shark” masih mengungguli tempat pertama Carta AWANI Raku.

Sekali lagi, “Terus Mencintaimu” nyanyian Siti Nordiana dan “Bunga Larangan” nyanyian UG14 tewas kepada fenomena “Baby Shark”.

Selain itu, antara lagu baharu yang menduduki carta ini ialah medley “Sekian Terima Kasih” dan “Elegi Sepi” nyanyian Azharina dari playlist #BalingBelakang Gegar Vaganza.

Berikut senarai lagu yang berjaya menambat hati pendengar:

  1. Baby Shark – Pinkfong
  2. Terus Mencintai – Siti Nordiana
  3. Bunga Larangan – UG14
  4. Kisah Ku Inginkan – Datuk Seri Siti Nurhaliza & Judika
  5. Sekian Terima Kasih & Elegi Sepi – Azharina

Untuk menikmati lagu-lagu pilihan anda, layari Raku.my atau muat turun secara percuma aplikasi Raku di App Store atau Playstore.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here