Badak sumbu putih utara jantan terakhir harap dapat pasangan mengawan

0
78

NAIROBI: Seperti lelaki lain yang menggunakan aplikasi Tinder untuk mencari pasangan untuk berpacaran, Sudan, turut mempunyai profil di Tinder yang menonjolkannya ‘minatnya’ yang mendalam terhadap aktiviti luar dan suka bergerak serta menjelajah.

Walau bagaimanapun, Sudan bukanlah seorang manusia seperti yang disangka.

Sudan adalah seekor badak sumbu utih utara jantan yang terakhir di dunia dan mempunyai keperluan yang sangat tinggi untuk mengawan.

“Saya tidak ingin menonjol sangat, tetapi nasib spesies saya benar-benar bergantung kepada saya. Saya bekerja keras dan baik walaupun dalam situasi yang memberi tekanan, Tidak mempunyai masalah. Jika ia penting, saya berukuran 6 kaki dan 5,000 paun.”

Itulah kata-kata yang tertera pada profilnya.

Pihak pemuliharaan berharap profil Sudan itu akan membantu mereka mendapatkan wang sebanyak AS$9 juta untuk rawatan kesuburan kerana semua percubaan untuk membuatkannya untuk mengawan secara semulajadi telah gagal.

Ahli sains bakal menggunakan sperma Sudan untuk mensenyawakan ovum dari salah seekor badak sumbu putih utara betina bernama Satu, berusia 17 tahun, atau Najin, yang berusia 27 tahun.

Satu dan Najin merupakan dua badak sumbu putih utara betina yang terakhir di dunia.

Setelah disenyawakan, embrio tersebut akan ditanam dalam rahim seekor badak putih selatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here