Bagai jatuh ditimpa tangga, Giliran Yayasan Kevin Spacey UK pula ditutup

0
55
Advertisement

DARIPADA seorang pelakon yang dihormati, dia hilang satu demi satu kebanggaannya.

Bermula dengan pengguguran daripada House of Card ketika populariti drama bersiri itu semakin meningkat, kini yayasan yang ditubuhnya di United Kingdom (UK) pula terpaksa gulung tikar.

Itulah nasib Kevin Spacey, pemenang Anugerah Oscar yang dirundung malang selepasĀ  pendedahan salah laku seksual olehnya.

Yayasan Kevin Spacey UK menerusi laman webnya pada Selasa memaklumkan pemegang saham yayasan berkenaan telah memuktamadkan ia tidak lagi beroperasi berkuatkuasa pada Rabu.

Yayasan berkenaan ditubuhkan Spacey bagi membantu artis muda melengkapkan diri dengan ilmu dan latihan bagi membantu mereka maju dalam dunia seni.

Spacey mempunyai hubungan rapat dengan Britain dan pernah berkhidmat sebagai pengarah seni selama 11 tahun di teater Old Vic.

Teater berkenaan memaklumkan telah menerima 20 tuduhan salah laku terhadap Spacey pada November lalu.

Januari lepas, Polis London mengesahkan sedang menyiasat tiga dakwaan serangan seksual oleh pelakon berusia 58 tahun itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here