Bagai pinang dibelah dua – Foto sekitar majlis pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi

0
82
Advertisement
KURANG setahun berkenalan, pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi mengambil keputusan untuk bertunang petang semalam (Jumaat).

Dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Elfira di Cheras, Kuala Lumpur, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu menerima lima dulang hantaran daripada pihak Sufian berbalas tujuh.

Elfira, 24, dan Sufian, 26, kemudian menetapkan majlis pernikahan mereka bakal dilangsungkan pada Mac 2018 sempena bulan kelahiran Elfira sendiri.

Bagaimanapun, tarikh dan lokasi rasmi masih belum ditetapkan.

Pada majlis itu, Elfira dan Sufian mengenakan dua persalinan busana rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini bertemakan batik.

Manakala rekaan pelamin mendapat sentuhan daripada pereka hiasan dalaman Regalia Weddings.

Elfira dan Sufian mula berkenalan pada awal tahun ini dan pada Jun lalu Sufian telah menghantar rombongan merisik setelah mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.

Turut meraikan majlis pertunangan pasangan itu, rakan artis seperti Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah, Dafi, Bella Daly dan Sari Yanti.

Astro Gempak himpunkan koleksi foto dan video menarik sekitar majlis pertunangan pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi.
 




 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here