Bagaimana Shafie, Muhyiddin dapat lebih, Nazri dedah formula

0
60



Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan formula bagaimana dua bekas pemimpin kanan parti itu – Datuk Seri Shafie Apdal dan Tan Sri Muhyiddin Yassin – menerima dana dari wang derma RM2.6bilion lebih daripadanya.

Katanya Umno menyalurkan bantuan kepada kepada semua ketua bahagian untuk diserahkan kepada cawangan bagi membaiki lima buah rumah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya adalah ketua Umno Padang Rengas dan ahli parlimen Padang Rengas. Shafie dan Muhyiddin pun sama macam saya juga. Jadi sebelum PRU13 kami ketua bahagian, kami dapat duit dari Umno Pusat untuk membaiki rumah.

“Setiap rumah diberi RM5,000 dan setiap cawangan diminta untuk memberi 5 biji rumah untuk dibaiki. Saya terima duit tu… jadi saya ada 60 cawangan Umno, jadi 60 darab 5 bagi rumah jumlahnya RM1.5 juta, saya terima melalui pusat khidmat.

“Saya kata Shafie terima lebih dari saya sebab kawasan Semporna banyak cawangan, ada lebih 200 ketua cawangan dan Muhyiddin seratus lebih ketua cawangan, saya cuma 60 je,” katanya kepada Malaysiakini sebelum Majlis Dialog TN50 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Shafie mengetuai Semporna manakala Muhyiddin pula mengetuai Pagoh sebelum disingkirkan dari Umno.

Shafie hari ini menafikan beliau pernah menerima dana 1MDB ketika berada dalam Umno.

Ia selepas Nazri mendakwa Shafie dan Muhyiddin adalah penerima terbesar bagi mana-mana derma yang diterima oleh Najib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here