'Bagilah peluang mereka berhibur'

0
11
Advertisement



JURULATIH skuad Piala Dunia Mexico, Juan Carlos Osorio berkata anak buahnya tidak melakukan apa-apa kesalahan selepas didapati berparti hingga lewat malam selepas aksi persahabatan menentang  Scotland minggu lalu sambil menganggap mereka perlukan sedikit hiburan.

Insiden parti itu membabitkan lapan pemain tersebar ke khalayak apabila gambarnya di siarkan dalam segmen majalah oleh stesen TVNotas.

“Itu adalah masa terluang mereka,” kata Osorio kepada wartawan di sini menjelang aksi menentang Denmark dalam aksi memanas badan lewat hari ini.

“Kami sudah bersama dalam 19 perlawanan sebelumnya, harapnya kami dapat terus bersama dalam 25 atau 30 hari lagi dan semestinya lah  mereka perlukan sedikit masa untuk berhibur,” katanya yang turut disokong oleh pemain tengah Mexico, Andres Guardado.

“Kami adalah manusia biasa, kami boleh lakukan apa yang kami suka dalam kehidupan peribadi kami. Saya tidak fikir kami sudah melanggar mana-mana peraturan disiplin,” katanya.

Persekutuan Bolasepak Mexico (FMF) sudah maklum perkara itu dan setuju tanpa mengenakan sebarang tindakan.

Mexico, yang diundi dalam Kumpulan F Piala Dunia Russia 2018 akan berdepan Jerman, Korea Selatan dan Sweden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here