Bahana Justin Bieber, Selena Gomez dan The Weeknd berpisah?

0
22

PENYANYI Selena Gomes dilaporkan telah berpisah dengan kekasihnya, The Weeknd.

Menurut laporan Daily Mail, Justin Bieber dikatakan menjadi punca  perpisahan pasangan ini selepas Selena kembali berdamai dengan bekas kekasih itu.

“The Weeknd kecewa apabila kekasihnya itu sudah mula berbaik semula dengan Justin Bieber.

“Mereka juga sering menghabiskan masa bersama dan berada di beberapa lokasi sekitar Beverly Hills sejak beberapa minggu lalu.

“Pekara itu membuatkan The Weeknd mengambil keputusan untuk berpisah setelah hampir 10 bulan mereka bercinta,” kata sumber.

Tambah sumber, selain Justin Bieber antara punca mereka berpisah adalah kerana pasangan itu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

The Weeknd juga kini sibuk dengan konsert jelajah dunianya sehingga sukar meluangkan masa dengan Selena.

Sumber: Daily Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here