Bajet 2018: Apa yang anda inginkan?

0
55
ANDA ada cadangan berkenaan potongan cukai pendapatan? Bantuan untuk menguruskan kos sara hidup yang tinggi? Bagaimana pula dengan elaun kritikal?

Suarakan cadangan anda menjelang Bajet 2018 sebelum pembentangannya pada 27 Oktober ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kerajaan melalui laman Facebook Pejabat Perdana Menteri, PMO mengumumkan membuka laman web untuk mengumpul cadangan dan saranan yang ingin di saksikan dalam Bajet 2018.

Menurut kenyataan media di laman Facebook tersebut, kerajaan menekankan kepentingan input daripada rakyat dalam pembentukan bajet tahunan negara.

Laman web tersebut, di https://bajet2018.najibrazak.com, akan memfokuskan kepada 14 kategori utama termasuk ekonomi digital, kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan desa, alam sekitar dan pertanian, belia dan sukan, budaya dan pelancongan serta keselamatan awam dan ketelusan.

Laman web tersebut akan beroperasi dari 4 September 2017 sehingga 18 September 2017.

Astro AWANI akan turut menyediakan laporan mendalam berkaitan Bajet 2018 bermula September ini.

Laman web ini memfokuskan kepada 14 kategori utama. - Astro AWANI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here