Bajet 2018: Tahun 2020 diumum Tahun Melawat Malaysia

0
76
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia dalam pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung di Dewan Rakyat, di sini sebentar tadi.

Katanya, Malaysia juga akan menjadi tuan rumah kepada beberapa persidangan antarabangsa termasuk Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Bagi tahun 2018, dijangka 28 juta pelancong melawat Malaysia. Sehubungan itu sukacita diisytiharkan dalam Bajet ini, tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia atau Visit Malaysia Year 2020 dimana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM,” katanya.

KLIK UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT BAJET 2018

Tambah beliau, RM2 bilion akan diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi dengan kadar faedah dua peratus.

Selain daripada itu, antara yang diumumkan dalam bajet 2018 bagi sektor pelancongan adalah:

  • Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.
  • Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here