Bajet 2018: Tol Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam antara dimansuhkan

0
139
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan memansuhkan tol di beberapa lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor bermula 1 Januari tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan berkenaan melibatkan bayaran tol di Lebuhraya Persekutuan Batu 3, Shah Alam dan Sungai Rasau, Klang, Selangor.

Pada masa sama, turut dimansuhkan ialah tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link di Johor Bahru.

Saksikan pembentangan Bajet 2018 di sini

“Berita gembira untuk pengguna lebuh raya Selangor, Kedah dan Johor mulai 1 Januari tahun 2018, kerajaan memansuhkan tol di Batu 3, Shah Alam dan Sungai Rasau.

“Kedua, memansuhkan tol di Bukit Kayu Hitam, Kean ketdah diga memansuhkan tol di tol Eastern Dispersal Link, Johor,” katanya semasa membentangkan Bajet 2018 di Parlimen di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here