Baju memang kami beli, tetapi kurnia Datuk tidak – Afdlin Shauki

0
39

PELAKON dan pengarah Datuk Afdlin Shauki mengakui tidak mempedulikan kritikan orang ramai berhubung penganugerahan darjah kebesaran diterimanya daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa lalu.

Menurut entri di Instagram (IG)nya, Afdlin memberitahu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk itu adalah pengiktirafan sebagai anak seni yang telah memberi manfaat kepada masyarakat.

Tambah Afdlin, dia tidak menyangka akan menerima anugerah itu bersama tiga sahabatnya iaitu Datuk Azhar Othman atau Awie, Datuk Hans Isaac dan Datuk AC Mizal ketika mereka masih hidup.

BACA: Gelaran ‘Datuk’ bakar semangat Afdlin untuk lebih aktif kerja amal

BACA: Mungkin dia tak faham perjalanan acara – Zizan balas kritikan Afdlin

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yang berlaku pada kami. Tak sangka yang empat orang sahabat satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup.

I am so proud of my brothers. Pedulikan apa orang nak kata. Baju itu memang kami beli tetapi kurnia kami tidak. 

“Kurnia ini bukan kami cari. Kami hanya buat yang terbaik dalam hidup kami untuk memberi nafkah terbaik untuk keluarga kami.

“Tapi dalam perjalanan itu, ada manafaat juga yang diberikan kepada masyarakat. Terima kasih kepada pihak istana yang memberi pengiktirafan kepada kami sebagai anak seni, usahawan dan sukarelawan. 

“Allah saja tahu apa yang kita sudah buat dengan bakat, tenaga dan harta kami selama ini. Kami bermula dari bawah dengan penuh kesusahan,” tulisnya.

Isu ‘Datuk beli’ menjadi kontroversi selapas Zizan Razak ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) pada Sabtu lalu mengusik Hans Isaac dan Eizlan Yusof kononnya gelaran berkenaan diterima mereka seperti dibeli.

Namun, Zizan akhirnya tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan itu selepas dia dikritik beberapa artis termasuk Adflin sendiri.
 

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here