Bakal bergelar ibu, Ummi Nazeera hamil empat bulan

0
544
Advertisement

Pelakon Ummi Nazeera berkongsi perkhabaran gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil empat bulan.

Menurut Ummi, dia mengetahui mengenai berita itu selepas melakukan pemeriksaan di sebuah klinik selepas kakinya terseliuh ketika menjalani pengambaran filem Gol & Gincu 2.

“Alhamdulillah, hari ini secara rasmi saya ingin kongsikan kepada semua bahawa saya kini sedang hamil empat bulan.

“Saya mengetahui mengenai berita kehamilan ini selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik rakan suami saya.

“Saya mengalami kecederaan di kaki ketika pengambaran dan sebelum melakukan imbasan sinar x, doktor bertanyakan sama ada saya hamil ataupun tidak.

“Namun, doktor mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan hamil terlebih dahulu kerana risau saya hamil.

“Selepas itu baru saya dan suami mengetahui bahawa saya hamil ketika itu,” katanya kepada Astro Gempak.

Ummi Nazeera berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikan sebagai duta Duo Be’Cell, di Suka Sucre Bistro, Cheras, pada Rabu.

Unmi telah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here