Bakal cipta rekod pandu mengundur paling jauh

0
64



Johor Bahru: Anak Johor yang terkenal dengan rekod peribadi memandu secara undur, L Rajagopal Kawander, 63, bakal mencipta rekod baru dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila cuba memandu menggunakan teknik sama sejauh 2,920 kilometer (km), tidak lama lagi.

Rajagopal berkata, pemanduan sejauh 2,920km berkenaan adalah jarak paling jauh berbanding hanya 88km pada 2008 dan 2,010km pada 2010.

Menurutnya, cubaan mencatat rekod di MBOR menyaksikan dia terpaksa membuat perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing, Kuantan, Pahang, Kota Bharu, Kedah, Gerik, Perak, Bukit Kayu Hitam, Sungai Petani, Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Taiping, Sitiawan, Genting Highland, Perak, Putrajaya, Port Dickson, Negeri Sembilan dan kembali ke Segamat serta Johor Bahru.

“Cubaan terbaru saya bukan semata-mata mencipta nama, mempromosikan kawasan pelancongan, malah bagi memupuk kesedaran ramai untuk mendaftar sebagai penderma organ akan bermula dari 30 Julai hingga 13 Ogos depan.

“Di setiap lokasi yang saya berhenti, usaha mengumpul borang pendaftaran sebagai penderma organ akan dilakukan bagi mencapai sasaran mengumpul 100,000 penderma,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here