Bakal lancar single terbaharu, Janna Nick tak sabar nantikan reaksi pendengar

0
66
Advertisement

PELAKON dan penyanyi Janna Nick mengakui tidak sabar mahu menantikan reaksi pendengar terhadap single terbarunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut Janna, 22, dia bakal tampil dengan dua single terbaru iaitu solo dan duet bersama pelakon, Alvin Chong.

“Ramai peminat yang tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu dan dah alang-alang mereka tunggu lama saya terus keluarkan dua single sekali gus.

“Kedua-dua lagu tersebut bakal menjadi lagu tema untuk drama Coffee Prince.

“Tetapi sejujurnya saya tak sabar menanti reaksi pendengar apabila kedua-dua single ini akan dikeluarkan November ini.
 
“Cumanya buat masa sekarang judul untuk lagu tersebut belum ada lagi dan lagu solo kedua saya itu mendapat sentuhan daripada penyanyi Hael Husaini.,” katanya kepada Astro Gempak.

Janna berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian dan memperkenalkan duta produk Cassandra Beauty Dust, di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bercerita mengenai pelantikan sebagai duta Cassandra Beauty Dust, Janna berkata, dia bersyukur kerana diberikan kepercayaan dan kagum dengan keberkesanan produk itu dengan dirinya.

“Saya tidak akan sesekali menerima tawaran menjadi duta jika produk itu tidak bagus dan saya mengakui produk ini amat berkesan selepas menggunakannya,” ujarnya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here