BAM harap tuah undian dalam skuad lelaki negara

0
36



Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menaruh harapan undian ‘mudah’ akan membolehkan skuad lelaki negara meraih emas pada temasya Sukan SEA bulan depan.

Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan kedua di belakang Indonesia, akan memulakan kempen dengan menentang Laos diikuti Singapura pada separuh akhir.

Indonesia dijangka menanti Malaysia di final apabila memulakan kempen menentang Kemboja dan menanti pemenang separuh akhir antara Thailand dan Vietnam.

“Saya menaruh harapan skuad lelaki muncul juara manakala wanita sekurang-kurangnya meraih perak,” menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Ng Chin Chai.

Acara berpasukan wanita menyaksikan Malaysia diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan di belakang Thailand dan Indonesia dengan secara keseluruhan terdapat tujuh negara mengambil bahagian.

Malaysia akan bertemu Myanmar pada perlawanan pertama dan dijangka bertemu Indonesia pada separuh akhir sebelum berdepan Thailand di final.

Tambahnya, Malaysia bernasib baik tidak diundi menentang Thailand pada pusingan awal kerana lawan mempunyai tiga perseorangan yang hebat selain kekuatan yang hampir sama dalam acara beregu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here