Banjir Jepun: Angka korban meningkat kepada 18

0
34


TOKYO: Angka korban banjir di selatan Jepun meningkat kepada 18 orang, ketika pasukan penyelamat meneruskan usaha membawa keluar mangsa yang masih hidup.

Ribuan penduduk sudah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di gimnasium sekolah dan bangunan awam, namun masih ramai yang terperangkap.

Pasukan penyelamat berusaha keras mengharung lumpur tebal dan hujan untuk cuba mendapatkan mereka.

Dipercayai sehingga hari ini, lebih 500 orang masih terputus hubungan akibat jambatan runtuh dan tanah berair di lereng bukit curam, yang menghalang usaha menyelamat, lapor penyiar NHK.

Pihak berkuasa wilayah Fukuoka dan Oita berkata, 18 orang disahkan maut, manakala 27 lagi masih hilang atau gagal ditemui.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga, pada satu sidang media berkata, lima mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, agensi cuaca Jepun hari ini turut memberi amaran hujan lebat berterusan dan banjir lumpur di sekitar utara Kyushu. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here