Banjir Kerala ragut 357 nyawa

0
139
Advertisement



KOCHI (INDIA): Jumlah kematian akibat banjir terburuk dalam sejarah negeri Kerala sejak seabad lalu meningkat kepada 357 orang, kata pihak berkuasa dengan anggaran kerugian sebanyak AS$3 bilion (RM12 bilion) .

Lokasi pelancongan utama India itu berdepan hujan lebat berikutan musim tengkujuh sejak akhir Mei lalu, menyebabkan insiden tanah runtuh dan banjir kilat yang menghanyutkan beberapa perkampungan.

“Sejak 29 Mei apabila musim tengkujuh melanda Kerala, ia telah meragut 357 nyawa,” kata pegawai penerangan negeri sambil menambah, 33 kematian lagi dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebilangan 353,000 penduduk pula terpaksa berlindung di pusat penempatan sementara dengan dibantu ribuan anggota tentera darat, tentera laut dan tentera udara, khususnya mereka yang masih terkandas di perkampungan masing-masing.

Bencana itu turut mendatangkan kerosakan pada jalan-jalan utama dan 134 jambatan, menyebabkan hubungan ke kawasan terpencil serta berbukit di pedalaman yang paling teruk terjejas terputus sama sekali.

Orang ramai yang panik turut dilihat memohon bantuan disalurkan pada kadar segera di media sosial apabila gagal menghubungi pihak berwajib.

Ketua Menteri Kerala dilaporkan telah meminta bantuan tambahan termasuk 20 helikopter dan 600 bot penyelamat bagi meningkatkan usaha menyelamat semua mangsa. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here