Bank, AKPK akui isu bankrap perlu diberi lebih perhatian – Azalina

0
16
Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengadakan rundingan meja bulat yang membabitkan Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling  dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia berkenaan isu-isu berkaitan kebankrapan.

“Rundingan meja bulat ini bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas kepada pihak bank mengenai pindaan-pindaan yang telah dibuat Kerajaan di dalam Akta Insolvensi 1967,” katanya.

“Rundingan meja bulat ini juga dibuat bagi membincangkan isu-isu teknikal yang dihadapi oleh pihak-pihak yang berkenaan.”

Isu-isu teknikal

Antara isu yang dibincangkan adalah mekanisme penyelamat melalui kaedah Perkiraan Sukarela (Voluntary Assessment atau VA).

Juga dibincang adalah berkenaan dengan kenaikan had minimum kebankrapan daripada RM30,000 kepada RM50,000 dan kes-kes kebankrapan yang telah ditadbir pihak-pihak berkenaan yang melebihi 15 tahun.

Selain itu, Azalina turut menyatakan hasrat Kerajaan untuk melepaskan sebanyak 10,000 bankrap setahun bagi tempoh lima tahun.

“Kerajaan juga berharap agar pihak bank meneliti dan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bantahan terhadap pelepasan dikemukakan.”

Kerajaan prihatin

Pihak kerajaan turut mempelawa agar kerjasama yang baik daripada pihak bank dapat dicapai untuk membenarkan mekanisme ‘penyelamat’ digunakan untuk memberi peluang kepada penghutang menyusun semula hutangnya bagi mengelak sebarang prosiding kebankrapan diambil terhadap mereka.

Turut sama, Ketua Pengarah  BHEUU, Datuk Jalil Marzuki, Timbalan Ketua Pengarah MdI, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, Pengarah Jabatan Consumer dan Amalan Pasaran Bank Negara, Jeremy Lee, Pengarah Eksekutif Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, Kalpana Sambasivamurthy, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir dan lebih 30 wakil bank kormersial yang beroperasi di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here