Bank tempatan tawar bantuan hadapi musibah banjir

0
20

KUALA LUMPUR: Anda mungkin antara mangsa yang tejejas akibat banjir besar yang melanda Pulau Pinang dan Kedah.

Ketika tempoh genting ini, mungkin anda terdesak untuk mendapatkan bantuan dalam apa jua bentuk terutamanya kewangan.

Beberapa institusi bank tempatan ada menawarkan bantuan kepada pelanggan sehubungan banjir besar di Pulau Pinang dan Kedah.

Berikut adalah jenis bantuan yang disediakan oleh beberapa institusi kewangan tempatan:

Bank Bantuan
Bank Negara Malaysia
  • Kemudahan bantuan bencana RM500 juta PKS yang terjejas banjir
  • PKS yang terjejas boleh mendapatkan pembiayaan pada kadar konsesi daripada mana-mana bank komersial, bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM.
  • Menyediakan jaminan 60% ke atas pembiayaan yang diperoleh melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
  • Bagi setiap kumpulan syarikat, maksimum pembiayaan ialah RM500 ribu
  • Pembiayaan tujuan pemulihan/pembelian aset untuk menggantikan yang rosak oleh banjir dan modal kerja.
  • Kadar pembiayaan yang berkesan dikenakan 2.25% setahun.
  • Tempoh pembiayaan ialah sehingga lima tahun, dengan tempoh tangguh 6 bulan atas pembayaran balik pembiayaan.
Maybank Moratorium 6 bulan bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman dan pengecualian caj tertentu berdasarkan kes demi kes.
Bank Islam Malaysia Bhd.
  • Pengecualian yuran bagi sebarang permohonan untuk menggantikan kad debit dan buku akaun yang hilang atau musnah.
  • Moratorium selama 6 bulan bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman dan pengecualian caj tertentu berdasarkan kes demi kes.
  • Pelepasan pembayaran Yuran Ganti Rugi (Ta’widh) yang dikenakan kepada pelanggan sepanjang tempoh penangguhan pembayaran.
CIMB Bank
  • Penangguhan pembayaran balik selama 6 bulan berkuat kuasa serta merta ke atas pelbagai produk pinjaman dan pembiayaan.
  • Semua pinjaman dan pembiayaan perbankan enterpris atau komersial, termasuk pembiayaan rumah, pembiayaan premis perniagaan, pembiayaan Amanah ASB dan pembiayaan bersyarat (dengan kemudahan overdraf).
  • Pelepasan juga diberikan kepada pinjaman auto, pembiayaan peribadi dan kadar faedah kad kredit.
RHB Bank
  • Penangguhan pembayaran balik pinjaman selama 6 bulan ke atas pembiayaan peribadi, pembiayaan auto dan pembiayaan ASB.
  • Lanjutan tiga bulan pembayaran balik ke atas pembiayaan peribadi, pembiayaan auto dan pinjaman EASY.
  • Tidak mengenakan caj bagi yuran penggantian kad ATM, debit dan kredit kepada pelanggan yang terjejas.
  • Bagi pelanggan PKS, bantuan moratorium yang dipohon oleh pelanggan terjejas akan dipertimbangkan mengikut kes.
Public Bank Mulai November 2017, moratorium sehingga 6 bulan bagi bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terbabit dalam banjir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here