Bantuan Sara Hidup dibayar 6 Jun

0
204
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 peringkat kedua akan mula diberikan 6 Jun ini melibatkan hampir 4.1 juta penerima.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ia melibatkan anggaran peruntukan RM1.6 bilion.

“Kerajaan berharap pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan menyambut Aidilfitri.

“Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima. Bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan dihantar terus ke alamat penerima.

“Ia boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran,” katanya dalam satu sidang media di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mengumumkan bonus Hari Raya berjumlah RM400 kepada penjawat awam Gred 41 dan ke bawah.

Kata Guan Eng bantuan RM200 turut diberikan kepada pesara melibatkan peruntukkan sebanyak RM700 juta.

“Kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf peranan penting kakitangan awam dahulu dan sekarangh dalam membangunkan negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here