'Bantulah Kim Swee persiap skuad B-23…'

0
274
Advertisement



JURULATIH berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim menyarankan persatuan bolasepak negeri atau kelab yang enggan melepaskan pemain mereka mewakili skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara ke Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan depan perlu memikirkan semula keputusan itu serta harus bersikap terbuka.

Selain itu, jurulatih pasukan Terengganu FC (TFC) itu turut mengharapkan persatuan negeri dan kelab perlu mendahului pasukan negara kerana skuad kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu membawa imej dan bendera negara.

 “Negeri perlu lepaskan pemain itu dalam keadaan sekarang ini, hal ini kerana mereka mewakili pasukan negara, oleh itu persatuan negeri atau kelab haruslah bersikap terbuka selain memberi kerjasama serta memikirkan semula,” kata Irfan Bakti.      

Irfan Bakti mengulas demikian selepas isu pelepasan pemain yang dipilih menyarung jersi skuad kebangsaan kembali  hangat diperkatakan sehingga memeningkan kepala pengendalinya. Kim Swee.

Hal ini berikutan sikap beberapa persatuan dan kelab yang lebih mementingkan diri sendiri dan begitu berat untuk melepaskan pemain mereka kerana bimbang bakal menjejaskan persiapan pasukan masing-masing bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang bertembung dengan jadual Sukan Asia itu.

Ketika ditanya adakah saingan Piala Malaysia perlu dihentikan terlebih dahulu atau ditangguhkan kepada tarikh lain bagi mengelak bertembung dengan Sukan Asia itu, Irfan Bakti menjelaskan bagi memberi keadilan kepada semua, setiap negeri perlu bersedia membenarkan pemain mereka beraksi bersama skuad negara.

“Bagi keadilan kepada semua, pengendali skuad kebangsaan tidak harus memanggil terlalu ramai pemain dalam sesebuah negeri atau kelab mewakili negara kerana ini mungkin boleh menjejaskan persiapan mereka, sebagai contoh daripada JDT (Johor Darul Ta`zim) ada tujuh atau lapan orang tidak perlu mengambil semua, ambilah tiga orang saja dan setiap negeri haruslah menyumbang pemain mereka,” kata Irfan Bakti.      

Berdasarkan rekod perkara ini bukan kali pertama dihadapi Kim Swee sebaliknya semasa kemenangan kelayakan Bawah B-23 Asia di Bangkok musim lalu, situasi sama pernah berlaku apabila pemain kelahiran Terengganu, Safawi Rasid yang mewakili JDT, Nor Azam Azih dan Matthew Davies (Pahang), Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran (Pulau Pinang) tidak mendapat pelepasan daripada pasukan mereka sekali gus menjejaskan persiapan Kim Swee.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here