Bapa hukum anak keluar rumah jam 3 pagi ditahan, disyaki tukar keterangan asal

0
110
Advertisement

BAPA Sherin Matthews, kanak-kanak tiga tahun yang hilang selepas diarahkan berdiri di luar rumah pada jam 3 pagi kerana tidak menghabiskan susu, kembali ditahan polis kerana didakwa menukar keterangan asalnya.

Wesley Matthews didakwa memberi maklumat yang berbeza daripada keterangan asal yang dibuat, sebaik sahaja Sherin dilaporkan hilang, 7 Oktober lalu.

Dalam keterangan asalnya, Wesley memberitahu polis dia menyuruh Sherin, yang merupakan anak angkatnya, berdiri di tepi sebatang pokok yang terletak 30 meter dari rumah mereka di Dallas, Texas, pada jam 3 pagi.

Selepas 10 minit, dia kembali untuk mendapatkan Sherin namun mendapati kanak-kanak itu telah hilang.

The Washington Post melaporkan, pihak polis bagaimanapun tidak memaklumkan apakah kenyataan baru yang dibuat Wesley.

“Polis mendapati ada keraguan dalam kenyataan-kenyataan yang diberi Wesley, dan ada maklumat yang didapati bercanggah daripada maklumat asal,” lapor portal berkenaan.

Wesley bakal didakwa dengan pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak, dan boleh dipenjarakan sehingga 99 tahun maksimum.

Wesley sebelum ini telah ditahan selepas kehilangan Sherin, namun dibebaskan dengan jaminan.

Pihak berkuasa pada Isnin memaklumkan telah menemui mayat seorang kanak-kanak, namun identitinya belum dapat dikenal pasti.

“Tapi kami yakin ia mayat Sherin kerana kami tidak mempunyai sebab untuk mempercayai sebaliknya. Autopsi akan mendedahkan punca kematiannya,” satu kenyataan polis menyebut.

Mayat itu ditemui dalam saluran pembetungan, kira-kira 1 kilometer dari tempat Sherin dilaporkan hilang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here