Barack, Michelle Obama berunding dengan Netflix?

0
49
Advertisement

NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dilaporkan sedang dalam rundingan peringkat akhir dengan syarikat pengstriman Netflix Inc untuk menerbitkan beberapa siri berprofil tinggi untuk saluran itu.

Lapor New York Times (NYT) yang memetik sumber rapat dengan Obama, perjanjian itu antara lain menyaksikan Netflix akan membayar Obama dan bekas wanita nombor satu, Michelle Obama untuk menghasilkan kandungan eksklusif untuknya.

Netflix bagaimanapun enggan mengesahkan laporan itu.

Lapor NYT lagi, Obama tidak akan menggunakan saluran itu untuk mengecam presiden Donald Trump, tetapi sebaliknya menjadikan ia platform untuk melahirkan kisah-kisah yang memberikan inspirasi.

Tiada sebarang perincian berapakah jumlah yang bakal dibayar Netflix untuk khidmat Obama itu.

Selain Netflix, eksekutif dari Apple Inc dan Amanzon.com Inc turut melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan Obama.

Tahun lalu, syarikat penerbitan Penguin Random House berjaya mendapatkan kebenaran untuk menerbitkan dua buah buku oleh Barack Obama dan Michelle Obama, masing-masing.

Perjanjian itu telah mencetuskan perang bidaan di peringkat dunia, sehingga mencecah AS$60 juta (RM240 juta), satu rekod paling tinggi dicatatkan bagi memoir seorang bekas presiden negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here