Baru 19 tahun, Haqiem Rusli dah beli Mitsubishi Lancer, tunai lagi!

0
441
Advertisement

LEBIH setahun bergelar penyanyi, Haqiem Rusli akhirnya berjaya merealisasikan hajat untuk memiliki kereta sedan pertama yang diidamkan jenis Mitsubishi Lancer.

Kereta itu kata Haqiem, 19, dibeli secara tunai menggunakan wang titik peluh yang dikumpulnya sedikit demi sedikit.

“Alhamdulillah kereta ini dibeli hasil titik peluh saya sendiri dan dibayar secara tunai.

“Pada mulanya saya berhasrat untuk membeli kereta sedan jenis Honda City namun ibu saya menyarankan untuk membeli kereta jenis Mitsubishi Lancer,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here