Baru 7 minggu, anak Kylie Jenner, Stormi sudah pandai berselfie gaya 'mungil'

0
134
Advertisement

BARU berusia tujuh minggu, namun bayi perempuan model terkenal Kylie Jenner, Stormi sudah pandai berselfie bergaya dengan gaya bibir ‘mungil’ seiiras ibunya.

Terbaharu, Jenner memuat naik gambar terbaharu kedua anak-beranak itu di Instagram dengan kapsyen “Stormiiiiiiiii”

Ia selfie pertama dimuat naik ‘ratu selfie’ itu sejak bayinya dilahirkan pada 1 Februari lalu.

Menerusi tiga keping gambar hitam putih yang dimuat naik, Stormi nampaknya membesar dengan sihat, malah pandai melihat ke arah kamera ketika bergambar bersama ibunya.

Foto itu telah mendapat lebih 8,519,459 likes di Instagram sejak lima jam dimuat naik.

BACA: Ala comelnya Freda, ‘Akak Trivago’ kongsi gambar puteri sulung

BACA: Lagi perkongsian gambar #BabyCTDK

Pada 12 Mac lalu, Jenner, 20 tahun, ada memuat naik gambar wajah anaknya bersama nenek bintang program realiti TV “Keeping Up With the Kardashians” itu, Mary Jo Campbell.

Sebelum itu, Jenner turut memuat naik sekeping gambar bersama bayinya tanpa mendedahkan wajah Stormi ketika dia berusia sebulan di akaun Instagram yang mendapat 12,913,993 likes.

Stormi atau nama penuh Stormi Webster adalah hasil hubungan Jenner bersama kekasihnya, Travis Scott.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here