Baru sertai latihan ketenteraan, G-Dragon patah tangan?

0
110
Advertisement
GAMBAR terbaharu anggota kumpulan BIGBANG, G-Dragon yang sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan menimbulkan kerisauan pada peminat mengenai tahap kesihatannya.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, G-Dragon yang lengkap berpakaian tentera dan memakai anduh pada tangan kirinya mula membuatkan peminat tertanya-tanya apa yang terjadi kepadanya.

“Apa sebenarnya yang sudah terjadi pada Oppa!, jangan jatuh sakit ketika berada di sana.

“Kenapa dengan tangan G-Dragon? Adakah tangannya patah?

“Baru sahaja menjalani latihan ketenteraan bagaimana boleh cedera hingga begitu sekali,” tulis peminat.

Ternyata gambar yang tular itu membuatkan peminat mula risau tentang keadaan kesihatan G-Dragon sekarang.

Namun sehingga kini pihak pengurusan YG Entertainment (YGE) belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

G-Dragon dijadualkan tamat menjalani latihan ketenteraannya pada 26 November 2019.

Sumber: Koreaboo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here