Bas terbakar, 52 penumpang rentung

0
84
Advertisement

SEBUAH bas terbakar di kawasan terpencil Kazakhstan pada Khamis mengorbankan 52 penumpang warga Uzbekistan, kata Kementerian Dalam Negeri Kazakhstan.

Bas tersebut dikatakan dipandu di sepanjang jalan di utara-barat wilayah Aktau, Kazakhstan yang menghubungkan Samara ke Shymkent, sebuah bandar di selatan Kazakhstan berdekatan dengan sempadan Uzbekistan.

Arah laluan bas sebelum kejadian belum dapat dikenal pasti namun, bas tersebut seringkali digunakan untuk menghantar pekerja-pekerja asing yang kebiasaannya bekerja di tapak pembinaan sama ada pergi dan pulang dari Rusia.

Dalam kejadian tersebut, lima penumpang berjaya menyelamatkan diri dari kenderaan yang terbakar itu.

Kenyataan turut menyebut kemalangan berlaku pada 10.30 pagi waktu tempatan namun tidak menjelaskan mengenai punca kemalangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here