Batal kontrak dengan China? Gila, tak siuman! – PM Najib

0
131
Advertisement

MUAR: Hasrat pihak pembangkang untuk membatalkan kontrak-kontrak dengan negara China disifatkan sebagai suatu langkah yang “gila” dan “tidak siuman” oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk dalam industri kayu-kayan, minyak kelapa sawit, pengeksportan durian dan sarang burung walet.

Tegasnya, pembatalan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China hanya akan merugikan rakyat dan bukan pemimpin-pemimpin pembangkang.

“Kita dimaklumkan bahawa pihak pembangkang melahirkan hasrat untuk membatalkan kontrak seperti ECRL (East Coast Rail Line) dengan China dan kontrak-kontrak lain.

“China merupakan negara yang menguruskan perdagangan terbesar dan juga rakan dagang Malaysia terbesar,┬ádengan nilai lebih RM100 bilion setahun. Selain membeli kayu-kayan dan perabot, mereka juga mengimport barang lain seperti elektronik, sarang burung dan Musang King.

“Cuba bayangkan kalau kita merenggangkan ataupun mengeruhkan hubungan dengan China. Kalau China tak beli minyak sawit, perabot kita, katu-kayan kita, siapa akan rugi? Rakyat Malaysia yang akan rugi. Bukan pemimpin pembangkang. Kalau batalkan hubungan dengan China, itu gila! Tak siuman! Kerana politik, nak buat sesuatu tak rasional. Akhirnya rakyat kita menderita.

“Kalau pilih pimpinan hati, ini kita akan perjuangkan nasib semua rakyat termasuk di Muar ini,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Taman Perabot Muar (MFP) dan pelancaran Skim Usahawan Perabot Bumiputera (Superbumi) di Bakri di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong serta Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here