'Bateri' De Gea dah penuh

0
126
Advertisement



CHICAGO: Penjaga gol Manchester United David De Gea berkata ‘baterinya kembali penuh’ selepas kembali daripada bercuti untuk bersama pasukannya dalam aksi jelajah pra musim.

Penyarung jersi nombor 1 Sepanyol itu menempuhi kempen Piala Dunia yang mengecewakan apabila kehilangan jurulatih Julen Lopetegui menjelang kejohanan itu dan tersingkir pada aksi 16 pasukan terakhir kepada pasukan tuan rumah, Russia.

Menurut perspektif United, ia membolehkan Pemain Terbaik Tahunan United itu berehat dan masih boleh bersama rakan sepasukannya di Amerika Syarikat.

“Saya gembira dapat kembali bersama pasukan dan rakan sepasukan,” katanya.

“Cuaca begitu indah dan saya mahu kembali cergas secepat mungkin.

“Saya bercuti bersama keluarga, rakan dan semua orang dan kini memiliki ‘bateri penuh’ untuk kembali beraksi. Seronok dapat bercuti, berehat dan menikmatinya dengan orang ramai.

“Musim ini begitu panjang. Anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya dan kembali ke padang.

“Semuanya akan bermula dan harapnya musim ini, kami akan bekerja bersama-sama dan cuba memenangi gelaran utama.

“Ia memang sukar. Sesi latihan pertama sentiasa mencabar. Cuaca begitu panas dan ia memang sukar. Saya akan terus fokus dan berlatih bersungguh-sungguh.”  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here