Bayar guna Samsung Pay di stesen Petronas

0
12


DATUK Mohd Ibrahimnuddin (dua dari kanan) bersama Ketua IT dan Mobile Business, Samsung Malaysia Electronics, Hosea Heen (kanan) ketika majlis pelancaran “Samsung Pay” di Stesen Petronas Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang. – Foto NSTP/Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) menjadi syarikat minyak dan gas pertama Malaysia yang menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai dan tanpa kad menerusi Samsung Pay di lebih 1,000 stesen minyaknya seluruh negara.

Menerusi kemudahan pembayaran itu, pengguna telefon pintar Samsung bagi model terpilih termasuk Galaxy S6 edge+, S7 edge, S8 & S8+, Note 5, A5, A7 dan A9 Pro, boleh mengimbas telefon pintar masing-masing untuk membuat bayaran di kaunter Kedai Mesra Petronas.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, berkata pengenalan kemudahan pembayaran Samsung Pay di semua stesen minyak Petronas itu akan memberikan pengalaman baharu kepada pelanggannya.

Katanya, inisiatif itu turut sejajar dengan strategi PETRONAS untuk memanfaatkan penyelesaian digital bagi memperkayakan gaya hidup rakyat Malaysia.

“Ini adalah komitmen kami untuk memastikan transaksi pembayaran yang pantas dan mudah di semua stesen minyak Petronas,” katanya.

Sempena pelancaran itu, PDB dan Samsung turut melancarkan kempen digital bagi menggalakkan pengguna beralih kepada pembayaran tanpa tunai Samsung Pay selama lapan minggu bermula 10 Julai ini.

Info:

Kempen PDB Samsung Pay

* Pemenang utama – satu unit Samsung Galaxy S8 & kad hadiah PETRONAS bernilai RM150

* Pemenang kedua – satu unit Samsung Galaxy A7 berserta kad hadiah PETRONAS bernilai RM100.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here