Bayar RM13.9 juta tolak bina masjid

0
81



MAJLIS perbandaran sebuah bandar di New Jersey akan membayar ganti rugi AS$3.25 juta (RM13.9 juta) kepada sebuah pertubuhan Islam sebagai penyelesaian kes saman berhubung tindakan majlis berkenaan menolak permohononan untuk membina masjid.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan penyelesaian itu semalam, termasuk majlis berkenaan membenarkan pembinaan masjid yang dipohon.

Persatuan Islam Basking Ridge menyaman Majlis Perbandaran Bernards Township tahun lalu, mendakwa ia mengubah undang-undang klasifikasi zon bagi menolak permohonan persatuan itu untuk membina masjid.

Jabatan Kehakiman juga menyaman majlis perbandaran berkenaan, mendakwa ia memberi layanan berbeza berbading kumpulan agama lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 11:54 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here