Bayaran BNM dan Khazanah kepada MoF diguna untuk bayar hutang 1MDB

0
442
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengesahkan bayaran yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Khazanah Nasional berhad terhadap kementerian, telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan, ia merangkumi bayaran RM1.199 bilion oleh Khazanah sebagai pertukaran saham boleh tebus terhadap Kementerian Kewangan pada 11 Ogos 2017.

Manakala BNM membayar sejumlah RM2.066 bilion untuk pembelian sebidang tanah di Lot 41, Seksyen 51 Bandaraya Kuala Lumpur kepada Kementerian Kewangan.

Kenyataan itu berkata Kementerian Kewangan sudah membayar sejumlah hampir RM7 bilion tunggakan hutang 1MDB selepas syarikat itu tidak mampu membayar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here