Bayi 2 kepala lahir di Idlib

0
64



Idlib: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi dua kepala di bandar di Syria ini Khamis lalu.

Ia dianggap kes amat unik kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pusat Berita Syria memuat naik gambar kanak-kanak berkenaan di laman Facebooknya.

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai keluarga bayi itu.

Idlib sering menjadi sasaran senjata kimia rejim Presiden Bashar Al-Assad yang menyebabkan ramai orang awam terbunuh.

Ia antara kawasan paling teruk terjejas akibat perang saudara yang melanda Syria sejak awal 2011.
– Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2017 @ 2:59 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here