Bayi lelaki ditemui di terowong Taman Permainan Kanak-Kanak di Slim River

0
319
Advertisement



MUALLIM: Seorang wanita warga emas menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam sebuah terowong di taman permainan kanak-kanak di Taman Pergola dekat Slim River hari ini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata wanita berumur 60 tahun itu menemui bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat ketika sedang bersenam kira-kira pukul 7 pagi.

“Ketika ditemui bayi tersebut dibalut dengan kain batik. Jantina bayi ialah lelaki dan berkulit cerah, namun bangsanya tidak dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wan Kamarul Azran, bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan dan kes itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here