Beberapa laluan penerbangan AirAsia digantung susulan penutupan Pulau Boracay

0
256
Advertisement

SEPANG: Pihak AirAsia akan mengubah jadual penerbangan berikutan arahan Kerajaan Filipina untuk menutup Pulau Boracay buat sementara waktu bagi kerja-kerja pemulihan dalam tempoh enam bulan.

Dalam satu nasihat perjalanan yang dikeluarkan syarikat penerbangan tambang rendah itu, beberapa laluan penerbangan domestik dan antarabangsa ke Kalibo dan Caticlan akan digantung, bermula 28 April hingga 26 Oktober.

Laluan terbabit termasuk laluan domestik tiga kali sehari dari Manila-Kalibo-Manila, penerbangan Manila-Caticlan-Manila, penerbangan Clark-Kalibo-Clark, penerbangan Cebu-Caticlan- Cebu, dan penerbangan Clark-Caticlan-Clark.

Laluan antarabangsa yang turut terjejas ialah laluan dua kali sehari Kalibo-Seoul Incheon-Kalibo, penerbangan empat kali seminggu Kalibo-Busan-Kalibo, dan penerbangan sekali sehari Kalibo-Shanghai Pudong-Kalibo.

Sementara laluan domestik sekali sehari Manila-Kalibo-Manila dan Manila-Caticlan-Manila akan kekal beroperasi seperti biasa.

Pihak AirAsia juga telah memaklumkan perubahan berkenaan melalui e-mel dan SMS kepada pelanggan yang telah membuat tempahan penerbangan dalam tempoh tersebut.

Penggantungan laluan penerbangan berkenaan dilaksanakan berikutan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan untuk menutup pulau berkenaan kepada pelancong.

BACA: Pulau Boracay ditutup untuk pelancongan bermula 26 April ini

BACA: Air laut bau najis, Duterte arah tutup Pulau Boracay

Penutupan pusat peranginan popular di Filipina itu dikuatkuasakan bagi melakukan langkah pembersihan selama enam bulan di sekitar kawasan pulau dan laut susulan pencemaran yang menjejaskan keindahan pulau tersebut.

BACA: Presiden Duterte sokong penutupan Pulau Boracay

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here