Bedilan roket terus hujani Syria

0
42
Advertisement

KILIS: Beberapa kawasan utara Syria terus dibedil sejak tentera Turki melakukan serangan di sempadan negara itu terutamanya membabitkan daerah Afrin.

Pemburuan bagi mengusir puak pejuang Kurdish belum terhenti dengan beberapa siri serangan dilaporkan masih lagi berlaku.

Semalam sebuah roket yang dipercayai dilepaskan dari Afrin mengenai sebuah bangunan di bandar Kilis pada Selasa.

Bagaimanapun setakat ini tiada maklumat yang melaporkan ada orang awam yang terbunuh atau cedera dalam serangan itu.

Bagaimanapun ia menimbulkan suasana panik terhadap penduduk sekitar di kawasan tersebut.

Sejak Turki melancarkan serangan, tiga orang dilaporkan terbunuh di Kilis dan bandar Reyhanli serta mencederakan lebih dua puluh yang lain.

Dua yang terbunuh itu dikenalpasti adalah pelarian Syria.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here