Beg mencurigakan ditemui di Lapangan Terbang Manchester

0
12


LONDON: Bangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Manchester dikosongkan pagi semalam berikutan penemuan beg mencurigakan.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata di Twitter, pengosongan adalah sebagai ‘langkah berjaga-jaga’, disebabkan ‘isu dengan sebuah beg.’

Menurut laporan media tempatan, siri letupan terkawal dilakukan oleh unit pemusnah bom.

Laporan menyatakan, Polis Greater Manchester berkata, mereka dimaklumkan mengenai beg itu pada jam 8.50 pagi waktu tempatan semalam dan menjalankan siri letupan terkawal terhadap pakej itu.

“Susulan siasatan lanjut, pakej itu dipercayai tidak memberi sebarang ancaman buat masa ini.

“Ia dipercayai tiada kaitan dengan keganasan dan kepungan ditarik balik,” kata jurucakap polis.

Dalam kemas kini jam 12.50 tengah hari, pengurusan lapangan terbang berkata di laman Facebook, bahawa beg itu tidak memberi ancaman dan memulakan proses membenarkan orang ramai memasuki semula terminal itu. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here