Bekas ahli politik boleh jadi hakim, kata Sri Ram

0
53



Tiada apa yang salah bagi bekas ahli politik untuk menjadi hakim, tetapi isu utama adalah mereka mesti mempunyai integriti, kata bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram.

Sri Ram, yang bersara daripada mahkamah tertinggi di negara ini pada tahun 2010, berkata terdapat bekas ahli politik dari United Kingdom, Australia dan India yang telah dilantik sebagai hakim.

Beliau menegaskan bahawa hakim Arwyn Lynn Ungoed-Thomas aktif dalam Parti Buruh di United Kingdom sebelum dilantik sebagai hakim.

“Juga Sir Garfield Barwick, yang menjadi menteri luar, sebelum lantikan terus sebagai ketua hakim di¬†Mahkamah Tinggi Australia.

“Di India, Hakim VR Krishna Iyer adalah seorang menteri sebelum dilantik sebagai hakim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada boleh bagi bekas ahli politik untuk menjadi hakim.

Ia berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hari ini menarik diri daripada mendengar saman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap anggota parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here