Bekas buah hati Elfira Loy kini pejuang MMA

0
51
Advertisement

DI INDONESIA namanya cukup terkenal sebagai pelaris sinetron. Malah di Malaysia dia tidak kurang dikenali dan pernah beberapa kali disunting Michael Ang untuk menjadi hero drama bersiri arahannya.

Randy Pangalila pernah digosipkan main-main cinta dengan pelakon yang baru putus tunang Elfira Loy.

Semuanya bermula apabila dua pelakon muda ini digandingkan dalam telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang arahan Michael pada 2011 yang ditayangkan di Astro Ria.

Ada keserasian maka pasangan ini sekali lagi digandingkan Michael untuk projek seterusnya Dalam Hati Ada Taman dua tahun lalu, juga ditayangkan di saluran sama.

BACA: “Saat kau berasa sedih, saat itu Allah memelukmu”- Elfira Loy

Namun hubungan ‘cinta’ itu sekadar di kaca televisyen kerana hubungan kedua-duanya lebih kepada abang dan adik. Lagipun hati Randy ketika itu milik ‘pacarnya’ Michella Putri. Mereka bagaimanapun putus cinta Oktober tahun lalu.

Lupakan seketika kisah gossip ini, tumpukan kepada kerjaya terbaharu pelakon bertubuh tegap ini. Randy mengorak langkah ke bidang yang lebih mencabar. Percaya atau tidak Randy ini pejuang Seni Bela Diri Campuran (MMA) di Indonesia.

BACA: Sufian, Elfira putus tunang: Jalan terbaik elak perceraian – Wan Dazrin

Baru-baru ini Randy terlibat dalam Warrior Fight Champ khas untuk selebriti berdepan lawannya Fajar Ibel seorang ahli muzik yang juga pejuang MMA.

Nak tahu apa keputusannya? Randy hanya perlukan 39 saat untuk menumbangkan Fajar. Hebat bukan?

Menarik juga ada pertarungan macam ini Ada pengadil, satu lawan satu. Barulah kita tahu selebriti mana yang betul-betul hebat dalam aksi pukul-memukul. Setuju?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here