Bekas gabenor di ekstradisi ke Mexico

0
23


BEKAS gabenor Mexico, Javier Duarte. – Foto AFP

GUATEMALA CITY: Guatemala akan mengekstradisi bekas gabenor Mexico, Javier Duarte dalam dakwaan penipuan dan pengubahan wang haram.

Keputusan itu dibuat selepas Duarte memberitahu mahkamah semalam, dia mahu pulang ke tanah air untuk membersihkan namanya.

Duarte dikenali kerana jenayah keganasan dan pencabulan hak asasi manusia di Veracruz timur dari 2010 hingga 2016, apabila tiba-tiba meletakkan jawatan dan bersembunyi.

Selepas ditahan di sebuah pusat pelancongan tepi laut di Guatemala April lalu, dia menerima perintah ekstradisi dan mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan rasuah persekutuan semalam.

“Saya tidak melakukan jenayah dan saya ingin membuktikannya di hadapan pihak berkuasa kehakiman di negara saya, ” katanya.

Pihak berkuasa berkata mereka menjangkakan dia akan dihantar semula ke Mexico dalam dua minggu.

Duarte adalah antara enam bekas gabenor Mexico yang ditahan kerana rasuah, penipuan dan pengubahan wang haram.

Pendakwa raya Guatemala menuduhnya terbabit dalam jenayah terancang dan ‘skim rumit’ transaksi kewangan haram.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here