Bekas Peguam Negara ketuai jawatankuasa 1MDB – Majlis Penasihat Kerajaan

0
417
Advertisement

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa berasingan untuk menyiasat urusan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ia berkata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman akan mengetuai jawatankuasa berkenaan.

“Selagi isu 1MDB tidak diselesaikan, akan wujud persoalan yang menjejaskan keyakinan rakyat ke atas kerajaan dan institusinya,” kata Majlis itu dalam satu kenyataan pada Khamis, dan menambah ia memperakui pentingnya penubuhan jawatankuasa berasingan untuk 1MDB.

Ahli lain jawatankuasa itu ialah Rakan PwC Risk Assurance Services Nik Shahrizal Sulaiman, Rakan Kanan Naqiz  Partners Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar, Penasihat Kanan Financial Services Authority Indonesia Faris Rabidin dan Pengasas Pusat Bagi Menangani Rasuah dan Kroni Cynthia Gabriel.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here