Bekas PM Itali cedera terjatuh

0
48


SILVIO Berlusconi. – Foto EPA

ROME: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, dimasukkan ke hospital selepas cedera akibat terjatuh, ketika dijadual menghadiri mesyuarat parti politik Forza Italia.

Datuk Bandar Pietrasanta, Massimo Mallegni, berkata: “Beliau tergelincir, cedera dan dimasukkan seketika ke hospital dan tidak dapat menyertai kami tengah hari ini.”

Media tempatan melaporkan, hartawan media berusia 80 tahun itu tersandung batu ketika meninggalkan sebuah restoran di bandar pelancongan di Portofino berhampiran Genoa, malam semalam.

Beliau kemudian ke Milan, kira-kira 200 kilometer ke utara dan dirawat di klinik Madonnina.

Berlusconi dibenar pulang selepas menerima tiga jahitan di bibir. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here