Bekas tahanan Guantanamo bakal terima pampasan RM34j

0
11


OMAR Khadr.- Foto Reuters

MONTREAL: Bekas tahanan penjara Guantanamo warga Kanada bakal menerima pampasan sekurang-kurangnya AS$8 juta (RM34 juta), selain permohonan maaf daripada kerajaan, susulan layanan yang diterima sepanjang menjalani hukuman.

Menurut laporan, Omar Khadr ditahan di Afghanistan ketika berusia 15 tahun, sebelum mengaku bersalah membunuh seorang tentera Amerika Syarikat.

Globe and Mail dan Toronto Star yang memetik sumber berkata, Omar adalah tahanan termuda di kem tahanan Amerika Syarikat di Cuba itu, ketika beliau ditahan pada 2002.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun ketika berada di Guantanamo, tetapi Mahkamah Agung Kanada memutuskan bahawa Ottawa sudah melanggar hak asasi Omar.

Omar berjaya memperoleh perintah ekstradisi dan dihantar pulang ke Kanada pada 2012, bagi meneruskan baki hukumannya.

Bagaimanapun, pasukan peguamnya terus berjuang bagi membebaskannya berikutan statusnya sebagai pesalah juvana atau di bawah umur ketika penahanan dilakukan.

Mahkamah Agung Kanada bersetuju dengan permohonan itu, iaitu kira-kira seminggu sebelum beliau dibebaskan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here