Belgium tak gentar ayam jantan Perancis

0
384
Advertisement



ST PETERSBURG: Belgium sudah lama tidak melalui situasi genting mara ke separuh akhir Piala Dunia, namun semangat berpasukan serta kesatuan antara setiap pemain mampu memastikan mereka melangkah ke pentas final, kata ketua jurulatih, Roberto Martinez. 

Skuad bimbingan Martinez akan bertemu pemenang Piala Dunia 1998, Perancis di Saint Petersburg awal pagi Rabu untuk menempah tiket ke final, kali pertama mereka melangkah ke pentas sama sejak 1986 yang menyaksikan mereka menamatkan saingan di kedudukan keempat. 

“Setiap pemain sudah bersama sejak beberapa tahun lalu dan mereka berhak berada di tahap sekarang. Saya rasa aspek yang paling penting ialah kami perlu bekerjasama sebagai satu pasukan. Skil dan bakat individu juga penting, tetapi dalam kejohanan seperti ini anda perlu beraksi sebagai sebuah pasukan. 

“Kami berada dalam situasi yang tidak tahu. Kami tidak pernah berada dalam situasi seperti ini dan sebab itu kami perlukan semangat berpasukan yang lebih tinggi apabila bertemu Perancis,” katanya. 

Beliau dapat melihat persamaan antara Belgium dan Perancis, terutama apabila ia membabitkan kelebihan setiap pemain mereka. 

Belgium boleh berbangga dengan pemain seperti Romelu Lukaku, Eden Hazard dan Kevin De Bruyne sementara Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe menyinar bersama Perancis di Russia. 

Mbappe menyinar ketika Perancis mencatat kemenangan 4-3 ke atas Argentina pada pusingan kedua, namun Martinez berkata, pasukannya tidak akan menumpukan kepada seorang pemain saja. 

“Kedua-dua pasukan mempunyai campuran pemain muda dan berpengalaman serta ramai pemain berbakat. Kami perlu mengawal Mbappe. Kami juga perlu bertahan dengan baik. Tapi kami juga tidak akan lupa untuk mengawasi pergerakan barisan pemain Perancis yang lain.

“Barisan pemain saya perlu beraksi tanpa rasa takut untuk memanfaatkan segala peluang yang ada,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here