Beli kereta PROTON guna Bitcoin?

0
119
Advertisement

KUALA LUMPUR: PROTON menafikan mereka mengiktiraf transaksi matawang kripto untuk pembelian kereta Proton di salah sebuah pusat jualannya.

Syarikat itu dalam kenyataannya memaklumkan tawaran sedemikian dimulakan tanpa kebenaran oleh salah satu pusat jualan dan telah digantung sementara operasinya bagi memberi ruang untuk siasatan lanjut dilakukan

BACA: Jangan harap Bitcoin akan ‘lesap’ – Ketua Ekonomi Bank Deutsche AG

BACA: Nilai Bitcoin jatuh 25 peratus dalam 24 jam

BACA: Indonesia haramkan penggunaan Bitcoin

“PROTON mengalu-alukan kaedah inovatif untuk jualan kereta Proton untuk mengekalkan minat pelanggan kepada kereta kami,

“Bagaimanapun, kami ingin mengingatkan rangkaian jualan agar berhati-hati serta memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam menjalankan aktiviti promosi yang tidak mendapat pengesahan syarikat,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Tular di media sosial beberapa hari lalu gambar sebuah pusat jualan Proton di Seri Kembangan, Selangor yang dilaporkan menerima matawang kripto (Bitcoin dan Ethereum) sebagai transaksi urus niaga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here