'Belum… Belum bersalin lagi. Jangan buat khabar angin', kata pengurus Siti Nurhaliza

0
453
Advertisement

TERNYATA kanta perhatian para peminat seni tanah air sekarang ini tidak lepas daripada terus memikirkan tentang keadaan penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kandungan sulung beliau.

Dalam melayan rasa teruja itu, tidak dinafikan terselit pelbagai spekulasi tentang tarikh dan waktu kelahirannya, hingga macam-macam khabar angin sedang kencang ditiupkan.

Keterujaan itu bagaimanapun diredakan oleh pengurus yang juga kakak ipar penyanyi itu, Rozi Abdul Razak.

Menerusi entri terbaharu di akaun Instagram miliknya, Rozi menepis khabar angin yang mengatakan penyanyi nombor satu negara itu sudah bersalin.
Rozi meminta orang ramai tidak membuat spekulasi secara melulu tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Siti Nurhaliza sendiri.

“Belum, belum bersalin lagi, jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni.

“Masih juga sempat melapangkan waktu menyelesaikan beberapa tugasan. Saya dulu masa uruskan @ctdk, esok nak bersalin, hari ini masih bekerja keras.

“Siap masak nasi minyak dan menjamu rakan-rakan sekerja lagi sebab nanti akan lama berpantang, tak boleh makan macam-macam,” tulisnya dalam entri yang disertai foto dirinya yang tersenyum bersama Siti Nurhaliza.

Terdahulu, khabar angin itu tersebar susulan sesetengah pihak yang menjangkakan detik penyanyi itu melahirkan bayinya pada Mac ini.

VIDEO: Siti Nurhaliza akan melalui proses pembedahan

BACA: Ikut sunnah, tunggu 7 hari baru boleh umum nama bayi – Siti Nurhaliza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here