Belum mahu bersara

0
389
Advertisement



KUALA LUMPUR: Persaraan adalah perkara terakhir yang bakal difikirkan oleh satu-satunya juara dalam lapan divisyen tinju, Manny Pacquiao dengan fokusnya kini terarah untuk merampas gelaran welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) dari Lucas Matthysse pada ‘Fight of Champions’, 15 Julai ini.

Pertarungan yang akan berlangsung pada jam 8 pagi di Arena Axiata Bukit Jalil itu akan menyaksikan peninju yang juga senator Filipina berusia 39 tahun itu berdepan Matthysse, 35, yang mempertahankan tali pinggangnya buat kali pertama sejak menundukkan peninju Thailand, Tewa Kiramin, Januari lalu.

“Saya tidak tahu lagi kerana saya tidak pernah memikirkannya (persaraan). Saya tidak mahu berfikiran negatif dan hanya memikirkan pertarungan itu. Minda saya fokus pada pertarungan itu dan juga untuk memenanginya,” kata Pacquiao.

Pacquiao kini mahu mencipta sejarah bukan sahaja di hadapan tetamu kehormat dari Filipina dan juga Malaysia namun di hadapan ibunya, Dionesia Dapidran ; isterinya, Jinkee serta lima anaknya Emmanuel, Mary Divine Grace, Queen Elizabeth, Israel dan Michael.

“Saya begitu gembira dan teruja terutamanya kerana seluruh keluarga saya akan memberi sokongan di sini,” katanya.

Sementara itu, Dionesia, 69, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya ketika ditemui di lobi sebuah hotel di ibu negara dan dia turut berkongsi rasa bangga terhadap anaknya kepada pihak media.

“Saya begitu berbangga dengannya dan sungguh teruja. Saya yakin dia boleh menang,” kata Dionesia.

Ini adalah aksi tinju terbesar yang akan diadakan di Kuala Lumpur selepas aksi Muhammad Ali-Joe Bugner yang berlangsung pada 1975.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here