Benarkan anak rakam iPhone X, jurutera Apple dibuang kerja

0
181
Advertisement

SEORANG jurutera syarikat Apple dilaporkan telah dibuang kerja selepas anak perempuannya menggunakan siri iPhone terbaharu, iPhone X, tersebar.

Amelia Peterson telah merakamkan kunjungannya ke pejabat bapanya, Ken Bauer, hujung minggu lalu, sebelum memuat naik video itu ke akaun YouTube miliknya.

Dalam video itu, Bauer dilihat menggunakan aplikasi Apple Pay di iPhone tersebut, sebelum menyerahkan telefon itu  untuk digunakan anaknya.

Video berkenaan tiba-tiba menjadi tular, dan ia telah mengakibatkan bapanya hilang pekerjaan.

Dalam satu video yang dirakamkan Peterson selepas bapanya dibuang kerja, remaja itu berkata, mereka sekeluarga tidak marah dengan tindakan Apple, namun berharap syarikat berkenaan lebih teliti dan telus dalam memperincikan perihal undang-undang dan tatatertib.

“Bapa saya tidak tahu yang mengambil video dan gambar telefon itu di dalam kawasan syarikat merupakan satu kesalahan.

“Dia seorang pekerja yang rajin dan berhemah, dia pasti akan menghalang saya berbuat demikian jika dia tahu ia satu kesalahan,” kata Peterson.

Peterson juga berkata, dia tidak mempunyai niat jahat apabila memuat naik video berkenaan.

“Ia satu video biasa. Saya sendiri tidak sangka ia akan tular kerana video berkenaan iPhone X telah banyak dimuat naik ke YouTube,” jelas Peterson.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here