Benigno Aquino berdepan dakwaan jenayah

0
35


BENIGNO Aquino .

MANILA: Agensi anti-rasuah Filipina hari ini mengarahkan dakwaan jenayah difailkan ke atas bekas presiden Benigno Aquino berhubung satu serbuan gagal dua tahun lalu ke atas tempat persembunyian militan yang menjurus kematian 44 komando polis.

Misi menangkap dua militan al-Qaeda di pulau selatan Mindanao bertukar bencana apabila komando Pasukan Tindakan Khas diserbu dan diserang pemberontak bersenjata dalam jumlah ramai, dalam apa yang dianggap krisis terbesar pentadbiran Aquino dari 2010 hingga 2016.

Seorang pegawai yang dilantik menyiasat insiden itu, Conchita Carpio Morales berkata, Aquino seharusnya didakwa kerana beliau membenarkan ketua polis yang digantung, Alan Purisima terbabit dalam rancangan serbuan Januari 2015 di Mamasapano, wilayah Maguindanao.

“Tidak perlu disangkal bahawa Presiden Aquino menyedari bahawa Pejabat Awam meletakkan Purisima di bawah penggantungan ketika itu.

“Seorang pegawai awam yang sedang digantung dilarang daripada melaksanakan sebarang fungsi awam dan campur tangan dalam hal ehwal kerajaan,” kata Carpio Morales dalam satu kenyataan mengenai Purisima yang digantung berhubung dakwaan rasuah.

Pembunuhan beramai-ramai Mamasapano juga menerima tamparan terhadap usaha damai dibanggakan Aquino dengan pemisah Barisan Pembebasan Hadapan Islam Moro (MILF) yang bersetuju melaksanakan gencatan senjata sebagai balasan memerintah di kawasan dikuasai Islam di Mindanao.

Satu rang undang-undang untuk mengesahkannya ditolak Kongres.

Rang undang-undang disemak semula dijangka dibahaskan di Kongres beberapa minggu lagi.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here