Benjy dipenjara 11 tahun di Indonesia kerana seludup dadah

0
217
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Benjy ditahan bersama 4.5 gram dadah berkenaan yang disembunyikan di dalam lubang duburnya pada April lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera.

Pelakon berusia 38 tahun itu turut diarahkan membayar denda AS$74,000 (RM312,539) kepada Mahkamah Daerah Medan.

Terdahulu, pihak pendakwa memohon kepada mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun kerana Benjy terlepas hukuman gantung.

Benjy ialah anak kepada seniwati negara Allahyarham Azean Irdawaty.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here